Entry: cuti sekolah bermula Friday, May 29, 2009



Salam,

 

Hah! sekolah dah cuti penggal? hehehe sebenarnya hari ini merupakan hari terakhir sessi persekolahan untuk penggal ni. Tapi my Aysha dah start cuti hari ni... cuti yang dia buat sendiri. Gara-gara cikgu kata 'esok tak nak datang pun tak pa!' jadi my Aysha yang sememangnya suka 'dengar' kata cikgu berbanding mummy dia nih, tak mo ke sekolah kebangsaan. Tapi sekolah petang (agama) dia nak pergi. Aku memang nak suruh dia ke sekolah kerana sayangkan kedatangan dia yang akan jadi 'O'. Tapi nak buat macam mana... dah dia berkeras tak mo pergi.

 

Hhmm 2 minggu cuti sekolah. Aku memang tak ada rancangan nak kemana-mana. Ekonomikan tengah meleset... jadi duduk ajalah kat rumah diam-diam! huhuhu sian kat my Aysha 2 minggu kena ke nursery yang selalunya tak ramai budak-budak. Kadang-kadang bila aku ambil dia waktu petang, yang ada hanya sorang atau dua je termasuk dia. Alahai! siannya. Nak 'pos' dia balik kampung, takut aku la pula yang tak senang duduk kat KL. windu ooo...

 

Tengokla macam mana nanti... cutikan esok baru start! tapi yang pasti aku dah cakap kat my hubby yang aku nak ajak dia gi Book Fair yang kat mines tuh! so mana tau boleh singgah kat mines shopping centre buat window shopping!!! yelah nak bershopping tak dak duit... cuci-cuci matapun jadi lah... ahaks.

 

oklah nak sambung wat kerja.... daaaa

 

   2 comments

fountainhead essays
March 22, 2011   02:13 PM PDT
 
The topic that your blog deals with demands loads of research. Thanks to you who has provided the intricate information in simple words.
writing a dissertation
December 8, 2010   03:27 PM PST
 

very simply explained. It is indeed an art to read & stop new visitors with your attractive writing style. I am really impress from your posted information. Thanks for sharing.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments