Entry: nak bantal! nak bantal! Thursday, May 28, 2009



Salam,

 

Memang dah sah aku kena cari bantal!!. Sekarang ni bahu aku dah mula sakit-sakit. Ops... eh bukan bantal untuk tidur ya. Ini bantal untuk aku buat lapik duduk. Kalau korang masih ingat tentang alkisah kerusi empok ku itu, sehingga ke hari ini dia masih lagi melorot turun (sedikit) dan posisi aku sudah jadi terkebawah sedikit dari paras meja. Menyebabkan posisi tangan aku agak tinggi berbanding biasa. Jadinya bahu aku sudah mula menunjukkan tanda-tanda nak mogok.

 

Harapnya, hujung minggu ini my hubby nak la bawak aku dan my Aysha keluar jenjalan. Aku nak pegi ke Pesta Buku yang kat the mines tu. Boleh la aku beli buku untuk my Aysha dan boleh aku cari bantal sekali!.

 

Kaksu... bantal yang itupun wan nak jugak ya!! hehehe nanti bila-bila wan singgah ambil.

 

Pagi tadi lampu kat 'kawasan kerja' aku terpaksa ditutup kerana capasitornya terbakar mengeluarkan asap yang berkepul-kepul membawa bau hangit hingga ke segenap pelusuk pejabat bahkan hingga ke bawah! sudahnya aku terpaksa buat kerja dalam gelap. Ingatkan speaker aku yang meletup, sebab sebelum ni dah 3 kali speaker aku meletup!

 

Oh ya... pagi tadi jugak member yang dah sekian lama aku tak berhubung dengannya telefon aku. Nak masuk 10 tahun kami tak jumpa. Tapi aku tau la dia ada kat JPBD JB. LELEQ... aku windula kat ko! Hahaha ada ke... dia call aku semata-mata kerana nak tanya pasal sorang budak lelaki - ex-coursemate - kami dulu yang bila masuk part 3 kami harus ke shah alam tapi mamat tu terpaksa stay kat manjung kerana extend. Kerana katanya saban hari dia asyik dok teringat kat mamat tuh. Hahaha Leeqq ko memang lawak la... manala aku nak ingat! dah la bertahun2 tak jumpa, kalau saban tahun umur masih tak berganjak... mungkin aku boleh la ingat... ni setiap tahun umur bertambah... sedikit sebanyak aku pun dah jadi 'hilang ingatan' lagi la kalau mamat tuh tak berapa nak hensem...hehehe. Lain la kalau hensem macam Aaron Aziz ke... boleh la aku ingat!! hahahaha

 

Lepas tu dia bukak cerita pasal Zana yang dapat offer kerja kat KL (Jabatan Landskap Negara kalau tak silap!) bukak cerita tentang pokok 'janda merana' zana... sorry aku tak tahu apa nama saintifiknya nanti aku tanya orang yang pakar (zana) kerana pokok ni lah dia dendam dengan En Faizal (lecturer masa kami part 1&2 di manjung) yang dengan suka-hati-mak-nenek dia baling report kat muka zana. Hah... sekarang ni Zana dah expert dah dalam bahagian pokok2 nih... lepas dip. zana sambung wat degree lepas tu master kat UTM dalam bidang Landskap Arkitek. Kami menamatkan perbualan apabila staff dia dah panggil untuk mesyuarat. Leleq... Leleq ko memang lawak macam dulu-dulu lagi la... ni yang buat aku lagi windu kat ko. 

 

Oklah nak sambung wat kerja! nanti aku sambung dengan cerita lain pulak ya... daaaa

 

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments