Lilypie 6th to 18th Ticker


Wan Amalyn
June 20
Gemini
USJ Subang Jaya

blog





Wan Amalyn's Facebook profile


..:: uB CluB ::..





..:: tagboard ::..

orang dok skodeng



..:: my wonderland ::..

+++ koleksi buku di rak +++
*^*sEmBaNg bUkU*^*
<--mY enGLisH coLLecTiOn-->
+_+ mY mInI LiBRaRy +_+
+_+ mY mInI LiBRaRy 2 +_+

+++ tazkirah untuk aku +++
Teratakku

+++ sudi2kan ke... +++
mY pLaYgrOunD




..:: aWaRd ::..



4th award : daripada :
][ norra hassan ][




3rd award : daripada :
][ infa ][




2nd award : daripada :
][ syud & nacha ][




1st award : daripada :
][ dah lupa la... ][






..:: promo ::..


Judul: Percayalah
Penulis: Ruby Hazri
ISBN: 983-43217-0-8
Harga: RM21.00



Judul: Relevankah Aku di Hatimu?
Penulis: Rnysa
ISBN: 983-43217-1-6
Harga: RM20.00



Judul: Surat Ungu untuk Nuha
Penulis: Noor Suraya
ISBN: 978-983-43217-3-4
Harga: RM20.00



Judul: 5 Tahun 5 Bulan
Penulis: Hlovate
ISBN: 978-983-43217-2-7
Harga: RM20.00



Judul: Gurindam Jiwa
Penulis: Hlovate, Imaen, Noor Suraya
ISBN:978-983-43217-5-8
Harga: RM21.00



Judul: Labyrinth
Penulis: Imaen
ISBN: 978-982-43217-6-5
Harga: RM18.00



Judul: Zahrah de Tigris
Penulis: Khairyn Othman
ISBN: 978-983-43217-7-2
Harga: RM20.00



Judul: Kopi Susu Sepatu Biru
Penulis: Ruby Hazri
ISBN:
Harga: RM21.00



Judul: aA+bB
Penulis: Hlovate
ISBN:
Harga: RM21.00



Judul: Persis Sebutir Pasir
Penulis: ManjLara
ISBN:
Harga: RM22.00



Judul: Garis-Garis DejaVu
Penulis: John Norafizan
ISBN:
Harga: RM22.00



Judul: Lili Buat Najah
Penulis: Nazurah Aishah
ISBN:
Harga: RM21.00



Judul: Tentang... Dhiya
Penulis: Syud
ISBN:
Harga: RM



Judul: Bohemian
Penulis: Imaen
Terbitan: Jemari Seni
Harga: RM



Judul: Bila Nysrah Kata Tak Mahu
Penulis: Aidil Khalid
Terbitan: Jemari Seni
Harga: RM



Judul: Tunas
Penulis: Hlovate
Terbitan: Jemari Seni
Harga: RM



Judul: L.U.V.E.
Penulis: Pingu Toha
Terbitan: Jemari Seni
Harga: RM



Judul: Panggil Aku Dahlia
Penulis: Noor Suraya
Terbitan: Jemari Seni
Harga: RM21.00



Judul: Kebun Mimpi
Penulis: Noor Suraya, Syud, Rnysa
Terbitan: Jemari Seni
Harga: RM21.50



Judul: Novel Untuk Asyikin
Penulis: Ismat Astar
Terbitan: Jemari Seni
Harga: RM17.00



Judul: Tanya Pada Hati
Penulis: Iman Xara
Terbitan: Jemari Seni
Harga: RM20.00



Judul: Rooftop Rant
Penulis: Hlovate
Terbitan: Jemari Seni
Harga: RM21.00



Judul: Odisi Bulan Biru
Penulis: John Norafizan
Terbitan: Jemari Seni
Harga: RM20.00








<< September 2017 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30



..:: review mereka ::..

MySpace Layouts


][ CarrieKirana ][
][ Antubuku ][
][ Seribu Satu Malam ][
][ Mandala Resensi ][
][ Kicap 'n' da Geng ][



..:: tautan ukhwah ::..

Image hosted at bigoo

][ kaksu ][
][ pinkJambu ][
][ Em + An ][
][ Jidah ][
][ cwazywabbit ][
][ syud ][
][ JiD ][
][ Izzul ][
][ klena ][
][ cik CT ][
][ infazety ][
][ adhan ][
][ nursalju ][
][ spec ][
][ mamajambu ][
][ mamaErra ][
][ kakmOn ][
][ Bunga ][
][ Alyze ][
][ Opah De ][
][ Nacha ][
][ Dik Siti ][



..:: tautan penulis ::..

MySpace



..: Jemari Seni :..
][ Ruby Hazri ][
][ Rnysa ][
][ Hlovate ][
][ Noor Suraya ][
][ Imaen ][
][ Khairyn ][
][ ManjLara ][
][ John Norafizan ][
][ Nazurah ][
][ syud ][
][ Aidil Khalid ][
][ Pingu Toha ][
][ Ismad Astar ][
][ Iman Xara ][


..: Creative :..
][ Norisah A Bakar ][
][ Najwa Aiman ][
][ Ebriza Aminnudin ][
][ Salina Ibrahim ][
][ Ramlah Rashid ][


..: Alaf21 :..
][ Anis Ayuni ][
][ Aisya Sofea ][
][ Norzailina Nordin ][
][ Lily Haslina ][
][ Rose Harissa ][
][ Lynn Dayana ][
][ Dhiya Zafira ][
][ Hani Fazuha ][


..: Kaki Novel :..
][ Izzul Izzati ][
][ Eita Ashyta ][
][ Izza Aripin ][
][ Dina Najat ][
][ Zaharah Muhammad ][
][ Aimy Najwa ][




..:: e-novel ::..

MySpace


][ Kebun Mimpi Ain ][
][ Cinta Sofea ][
][ Kasih Seharum Lavender ][
][ Hati Yang Terluka ][
][ Bukan Itik Biasa ][
][ Mengapa Ada Rahsia? ][
][ Cinta Dewa Dewi ][
][ Pelangi Dimatamu ][
][ Namanya.. Teja Aulia ][
][ Kenangan Terindah ][
][ Seandainya... ][
][ Tiada Kedua ][
][ Mengapa Dirindu ][
][ Lagu Cinta ][
][ Menyintaimu Satu Dosa..? ][



..:: Publisher ::..

image hosting for myspace


][ Jemari Seni ][
][ Creative ][
][ Alaf21 ][
][ Kaki Novel ][
][ Fajar ][
][ Rhythm ][
][ karnaDya ][
][ Pustaka Nasional ][




..:: link ::..


][ blogdrive ][
][ blogspot ][
][ photobucket ][




..:: sounds of music ::..


Larut - Dewa 19


..:: hit counters ::..

Free Web Counter

hit Counter




..:: iklan ::..


Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

Credits



CreateBlog for graphic
Tuesday, May 26, 2009
bayar hutang...

Salam,

 

memandangkan hari ini aku dalam situasi bad mood, salah satu cara untuk melampiaskan rasa marah yang bersemarak dalam hati (selain beristigfar… astagfirullah….) aku ingin menjelaskan 'hutang' aku pada infa dan norra. Agaknya sebab banyak 'hutang' ni yang buat hati aku jadi tak tenang… hehehe (eh wan dah boleh senyum la… petanda yang baik nih!!)

 

ok. ini hutang aku yang pertama pada infa…. settle!! Fa dah tak dak hutangkan?? *wink*

ini pulak hutang aku pada norra…. settle!! norra dah tak berhutangkan?? *wink*


tiba-tiba aku rasa cam dah cooldown... *tarik nafas panjang-panjang... kemudian hembus... tarik nafas lagi... hembus* bagus juga ya... terapi untuk mengurangkan rasa marah adalah dengan meluahkan di ruangan bisu ni.

 

kerana apa tau? bila kita meluahkan di ruangan yang bisu ini kita dapat mengelakkan daripada 'contact verbal' dengan lawan bicara kita. adakalanya kita perlu luahkan tapi kita tidak bersedia untuk menerima apa-apa teguran. jadi di ruangan bisu ini kita dapat meluahkan & kita tidak perlu 'dengar' kata-kata lawan bicara kita... yang kita dapat, hanya komen (kalau ada).

 

agaknya sebab itulah sesetengah orang ada diary ya?! sebagai wadah melampiaskan rasa yang terbuku dihati yang tidak terluah dengan kata-kata. 

 

ok. wan dah cool...

 


Posted at 03:00 pm by Amalyn Aysha
2 org bersuara

bila wan marah...

gggrrrrrr……

tendang kerusi???

karate meja??

hantuk-hantuk kepala kat pc??

 

tapi kenapa wan marah?

ntah… dah lama tak marah orang!!

lagipun baru masuk opis hari ni selepas mc semalam.

badan tak berapa nak fit lagi.

kepala pulak tengah nenong. sakit kepala (yang betul) cam nak hantuk-hantuk kat dinding.

masuk opis… rutin biasa on pc.

ops sebelum tu… duduk dulu atas kerusi… uiks awat rendah sangat?? uuwwaaa signal dah datang. there must be something’s wrong somewhere… (me dapat rasa tau bila ada orang lain sentuh my personal ‘thing’ termasuklah kerusi empok daku nih)

ok… on pc dengan hati yang dah suku ‘berasap’ (sebab rasa cam katek aje duduk atas kerusi yang rendah)

wait for a few minutes… uiks awat tak bleh nak klik kat mana2 (hati dah double ‘berasap’)

ok… reboot pc, pun tak jalan... off main switch termasuk back-up baterry & restart balik.

sementara pc restart… betulkan kerusi yang dah melorot ke bawah. naikkan seat… cuba duduk tapi dia turun balik… uuwwaaa hati yang dah double berasap… dah mula mengeluarkan percikan-percikan halus (tanda tak bagus!!)

cuba lagi sekali… bersila kat lantai… naikkan posisi seat ke atas, cuba tekan dengan tangan, dia turun balik… ggrrrrr hati dah mula mengeluarkan bara.

cuba untuk kali ketiga… hasil yang sama… that’s it I’m done…. bangun dengan hati yang dah membara… (tindakan luar kawal – kerusi itu ditendang!!) “jangan marah” suara CK dah kedengaran (masa ni hanya kami berdua kat opis yang lain belum nampak muka padahal waktu dah melewati 9 lebih). me… diam tak bersuara tapi dalam hati…

dengan posisi berdiri… sebab dah fed-up dengan kerusi. cuba settlekan pc pulak. (masa ni pc mmg dah 100% ON)

cuba klik kat folder ‘wan’s project 2008’ yang ada kat desktop… tetiba window keluar dengan banyak tanpa henti… uuwwaaaa hati aku memang dah terbakar hangus!!!! signal red alert dah berbunyi dengan nyaringnya.

time tu, CK nak plot drawing, tapi tak dapat… yelah selagi pc aku tak properly ON, plotter tak akan jalan. dia cuba begakan pc aku… “kak wan ada virus la dalam pc nih” hati aku yang dah rasa cuak tadi… mula panas terkena bahang… masa nih opismate sorang demi sorang dah datang… masing-masing tak berani nak tegur aku… tengok muka aku cemberut semacam. tegur la kalau berani... tak pasal-pasal nanti kena sembur!!!

me… ke pantry cuba tenangkan perasaan… teringat kat My Aysha yang exam hari ni (sekolah kebangsaan dan sekolah agama… harap2 dia dapat jawap dan tak adalah tension-tension macam mummy dia nih) terapi untuk hilangkan rasa tension… ingat kat anak.

kemudian aku kembali ke tempat… “dah ok kak wan, tapi kena tunggu kejap tengah scan, guna pc ni dulu la” CK bersuara dan tunjuk kat laptop dia. dia dah nak keluar ke site.

natijahnya hampir separuh hari masa terbuang dengan sia-sia!!

 

tapi apa jadi dengan kerusi??

ha ah ek… apa jadi dengan kerusi?

selepas dibega-bega dengan segenap rasa kasih sayang dan kata-kata pujukan dan cinta, akhirnya berjaya… tapi tak berani nak duduk secara ‘keras’ nanti dia merajuk dan turun balik.

hati aku… separuh terubat tapi masih lagi ada sisa-sisa kepanasan yang membakar tadi… yelah api pun bukannya boleh padam teruskan… dia perlukan masa jugak.

 

itulah… gara-gara kerusi… aku jadi bad mood hari ni… walaupun Ms Lim cakap… “wan nanti ambik duit (bayaran klinik semalam) dan ambik cek (payday)” sepatutnya aku happy sebab aku dah sengkek giler nih… tapi gara-gara kerusi aku tambah sakit kepala!!

 

so… kalau anda rasa anda sudah cukup mengenali saya… anda harus fikir sekali lagi! mungkin anda tersilap membuat telahan.

 

tak suka la……

  


Posted at 01:34 pm by Amalyn Aysha
Apa kata anda ??

Saturday, May 16, 2009
Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru

buat semua yang berstatus pendidik. tak kiralah sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah, kolej mahupun university. tanpa bimbingan dan tunjuk ajar anda, tiadalah pemimpim hari ini dan bakal pemimpim di masa depan.

Jasamu Di Kenang


 

Selamat Ulangtahun Buat adindaku Iejay

moga hidupmu senantiasa dalam rahmatNya.


Posted at 12:29 pm by Amalyn Aysha
1 org bersuara

Thursday, April 30, 2009
Cerita Tentang KLBIF '09

Salam semua,

 

 

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 (KLIBF '09) sudahpun berakhir hujung minggu yang lalu. Satu lagi kenangan tercatat dalam lembaran diari hidupku. Kenangan yang akan aku kenang seumur hidup ini. Kenangan yang dicorakkan bersama warga JS, kenangan bersama Gengkicap, kenangan bertemu dan bersua muka dengan para bloggers dan penulis tanah air. Tapi yang lebih istimewa adalah kenangan dapat bertemu muka dengan penulis yang aku tak pasti sama ada aku bisa ketemu lagi dengannya… Tere Liye. Sesungguhnya semua kenangan-kenangan ini akan terpahat kukuh disanubariku.

 

Aku amat berbesar hati kerana tahun ini rasanya aku dapat jumpa dengan lebih ramai lagi kawan-kawan (baru & lama). Aku  dapat berkumpul lagi dengan adik-beradik UB – kaknOOr, nawwir, nacha, kaknOtie, wabbit, lia & Iejay. Sapa lagi ek?? Haa.. Pink (walaupun hanya sebentar cuma… huhuhu tak hilang rindu pada pink!), adhan, carrie, kak Ee, kak Syda, Infa, kak Anim (dapat peluk kejap aje =( ). Juga buat saudara sepupu-sepapat – Geng Kicap – Nicky, kucc, sil, dyea, rinn, kaypo, jujun, acun, kak Ju'a… hhmm sapa lagi ek ahli geng kicap? Bonda Qimi?? hehehe *jeling2 kat orang tu yang ada 2 kerakyatan* hahaha

 

Apa yang lebih istimewanya tahun ini kerana Nor Ash sudi turun dari seberang tambak!. (sempat la kami bawa nor ash ke Putrajaya & tidur di hotel Vistana bangsar!!) hehehe… Sesungguhnya ia sesuatu yang sangat istimewa. Aku juga berbesar hati kerana diberi kesempatan terserempak dengan mamajambu. Agaknya kalau tak terserempak, memang tak berjodoh nak jumpa & sure tak dapat nak peluk mama! huhuhu minta maaf yang teramat kerana layanan yang tak seberapa daripada wan! sungguh2 ralat rasanya.

 

Aku juga dapat jumpa dengan lebih ramai lagi para penulis. Tahun ini aku berkesempatan berjumpa dan beramah mesra dengan penulis dari pelbagai penerbitan. Antaranya adalah :-

 

Penulis Jemari Seni Publishing:

·         kaksu aka Noor Suraya ~ yang keluar bersama novel edisi kanak-kanak. Kaksu tak sabar nak tunggu Jaja & Din!! moga segala2nya dipermudahkan oleh-Nya.

·         Imaen ~ yang akhirnya keluar dari persembunyiannya… hehehe!! Chaiyok! Chaiyok!

·         John Norafizan ~ yang aku sempat jumpa sekejap aje! John… mana subenir utk kakwan?? *cekak pinggang ala kakak tiri*

·         Syud ~ adindaku yang manis!. *tiup semangat supaya syud jadi rajin menulis* hehehe

·         si Pingu Toha ~ hhmmm si Pingu yang pemalu??? hahaha yea la tu…

·         Nazurah Aisyah ~ kakwan belum berkesempatan lagi baca Rahsia Hati Sofia, jadi kakwan tak boleh lagi nak bongkarkan 'rahsia hati kakwan' pada Naz! *wink*

·         Iman Xara ~ si manis pengarang 'Tanya Pada Hati'

·         Nazawati ~ si manis pengarang 'Teluki Itu Untuk Aku' – tapi kakwan suka rose kuning!! hehehe

 

Juga buat semua warga kerja JS iaitu jantung hati kakyah, belahan jiwa kaksu, juga buat Hanis si manis 17… terima kasih kerana sudi terima kehadiran wan yang jadikan booth JS sebagai port rasmi dan tempat simpanan barangan belian (ops! barang bawaan… hehehe)

 

Penulis NB Kara:

·         kak Norhayati Berahim, Lily Haslina Nasir, Nora Ismail, Iejay, kak Zara Aluwi

 

Juga buat kak suraya, kak Nik Fauziah & Wan Upeh!... terima kasih yang tidak terhingga kerana wan menyibuk di tempat kalian.! Juga terima kasih atas poster dan bookmark yang cantik-cantik tu!

 

Penulis Alaf 21 / Buku Prima

·         kak Anis Ayuni, Ramli Awang Murshid, Siti Rosmizah, Kamsiah Abu

 

Juga orang kuat Alaf Fc – pokcik mersik & abang long yang hanya sempat aku sapa lewat terserempak dengannya di luar PWTC.

 

Penulis PTS

·         Maya Iris, Che Din aka Baharudin Bekri, dan penulis dari seberang Tere Liye.

 

Penulis Fajar Pakeer

·         Nor Rafishah Md Hassan, Anita Aruszi, Puteri Imaneisya

 

Penulis Pustaka Islamiyah

·         Manaf Hamzah & isteri

 

Sapa lagi ek… tak boleh nak ingat dah ramai sangat yang aku jumpa sepanjang pesta buku berlangsung. Jadi selama beberapa hari aku ulang-alik ke PWTC, bergurau senda dan bertegur sapa dengan kawan-kawan sudah pasti ada tutur kata dan perbuatan yang aku terkata mahupun terbuat tanpa aku sedar… aku menyusun sepuluh jari. Maafkan segala kekhilafanku wahai kawan-kawan. Sesungguhnya aku insan yang lemah dan serba kekurangan. Semoga kita dapat berkumpul lagi di tahun depan!.

 

P/S: rasanya kita kena sewa satu booth sebagai tempat lepak dan tempat simpan barang!! hahahaha agak2 ramai tak yang akan 'sewa' tempat simpan barangan kita??

 

* ^ *

 

Dirgahayu buatmu sang sigaraning* nyawaku yang menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-3* tahun pada hari ini. Moga dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan dalam hidup ini. Moga perjalanan hidup kita akan terus bersemarak dengan rasa cinta dan kasih sayang.

 

(*) Pinjam judul novel terbaru IMAEN (promo nih!! sapa yang belum beli... sila dapatkan daripada Jemari Seni Publishing!!. pastinya ia menjanjikan satu kelainan & anda akan dapat manfaat darinya)

 


Posted at 12:59 pm by Amalyn Aysha
3 org bersuara

Wednesday, April 22, 2009
Hari Ini Dalam Sejarah...

Salam semua,

 

Dah lama tak mengarang! jadi rindu pulak… hahahaha (macamlah ada orang yang nak baca!!) Tak kisahlah kan..., sementara tengah mood rajin nak menuliskan... lagipun kerja dah lega sikit… jadi ambil la peluang yang tak terjangka ini sebelum kaki+tangan kena rantai balik.

 

Hari ini tanggal 22 April 2009. Pagi-pagi (ops actually dah dekat pukul 9 bukannya pagi sangatpun hehehe) dapat panggilan daripada Nawwir… thanks dear!!.nyaris kelupaan!! ahaks

 

Hari ini besday kakyah!! HAPPY BIRTHDAY KAKYAH... HAPPY BIRTHDAY KAKYAH... HAPPY BIRTHDAY TO KAKYAH... HAPPY BIRTHDAY TO YOU!! wish you all the best…and live happily ever after... ahaks (macam ala-ala cerita dongeng... and they live happily ever after Tongue) Thank you for being such a wonderful 'sister' and 'fren'... Love you so much!!

 

Hari ini juga aku dah submit e-filling income tax aku untuk taksiran tahun 2008. Kiranya catat sejarah jugak la sebab aku dah submit awal (tahun lepas submit lastttt day… hehehe). Tapi yang tak syoknya tahun ni aku kena tax lagi banyak berbanding tahun taksiran 2007. Walaupun aku dapat pelepasan untuk buku maksimum RM1000 (tapi sebenarnya aku berbelanja untuk buku last year aje dekat RM1500). Lepas tu tolak EPF dan Insurans (mula2nya aku lump sum semua insurans – exceed limit RM6000, tapi lepas member cakap boleh pecahkan life insurance dan medical, means life campur dengan EPF dan medical under medicalnya column – Max RM3000) so lepas campur tolak aku kena tax sebanyak RM439.58. Huhuhu patutla orang-orang Income tax dapat bonus banyak!!!!

 

Hari ini, tengah-tengah dok buat kerja (yang ntah apa2) aku terdengar lagu nih! (FYI radio sentiasa terpasang di tepi aku!!) dan ini antara lagu favorite aku, nyanyian Dato' Sheila Majid bergandingan dengan Nora. Lagu oleh Johan Nawawi dan lirik oleh Sasterawan Negara Allahyarham Dato' Usman Awang yang juga menggunakan nama pena Tongkat Warrant.

 

Jentayu

 

Di paruhmu kemilauan sinar

Menyepuhi sejuta rasa

Kemuliaan di hatimu

Bening budi terdampar di jagat raya

 

Di sayap taufan kau jelajahi

Awan gemawan membawa rindu

Kasihmu menentangi kezaliman

Ketidakadilan

 

(korus)

Jentayu

Patah sayap bertongkat paruh

Jentayu

Patah paruh bertongkat siku

Jentayu

Patah siku bertongkat dagu

Jentayu

Patah dagu bertongkat kuku

 

Pinjamkanlah hatimu

Untuk semua

 

(ulang korus 2X)

 

Pinjamkanlah syahdumu

 

****

 

Semalam – ops ini cerita semalam ya! (tapi consider dalam sejarah jugak la ya), aku dah habiskan marathon 'mari-baca-buku-tere-liye', bukunya yang ke-3. Ni gara-gara nak jumpa dengan penulisnya hujung minggu nih!. Hafalan Sholat Delisa (HSD), Moga Bunda Di Sayang Allah (MBdSA) dan Bidadari-Bidadari Surga (BBS) adalah antara karya beliau yang telah aku baca (dan aku miliki).

 

Ops siapa dia Tere Liye nih?? Untuk pengetahuan kawan-kawan, Tere Liye adalah penulis dari seberang. Penulis jiran tetangga kita dari Indonesia. Penulis yang menulis genre 'Islami'. Penulis yang aku mula kenal karyanya lewat membaca resensi tentang novel Hafalan Shalat Delisa (HSD) oleh Welma Landa. 2 buku Tere Liye (HSD dan MBdSA) aku dapat melalui kiriman pada JiD yang dihantar 'bertugas' ke Indonesia tahun lepas (ketika itu JiD masih lagi bersama PTS), dan buku ketiga BBC aku beli ketika aku ke Pesta Buku Jakarta bersama geng UB, juga tahun lepas.

 

Jadi kalau nak kira 'jangka-waktu' antara masa aku dapat buku ini dengan masa aku membacanya, sangaaatttlah panjang (nak hampir setahun!!). Sebenarnya aku menghadapi masalah ketika nak memulakan pembacaan, kerana tiap kali aku nak membacanya ada aje gangguan. Ops FYI (hehehe banyak pulak FYI-nya) kesemua buku Tere Liye yang ada dalam simpanan aku adalah edisi original - bahasa Indonesia. Tapi bila aku dah usai membaca ketiga-tiga buku karya Tere Liye ini… aku rasa, betapa ruginya aku tak baca dari awal!. Ku t'lah jatuh cinta dengan 'Tere Liye'… hahaha. Dan antara ketiga-tiga buku ini, aku paling suka Bidadari-Bidadari Surga

 

 

Benarlah kata 'penterjemah' buku tersebut *jeling2 kat orang itu yang baru release bukunya - tahniah ya! wan belum berkesempatan membeleknya lagi... huhuhu*. Abang R**d* kata, BBS lebih banyak part yang buat kita tersentuh. Kalau HSD ada 1, BBS ada lebih daripada 1. Maknanya lebih 'best' lagi la... hehehe. 

 

Memang betulpun. Bila aku baca HSD, aku sudah merambu airmata… membaca BBS airmata aku lagi banyak yang gugur!. Aku lagi banyak menangis, lagi touching! lagi menyentuh perasaan yang terdalam. Pendek kata nak habis satu gulung tisu ler!! hahahaha. Atau sebab Syud kata *jegil mata kat syud* aku ratu airmata??? hah!!! mana ada!!!! *wat muka sok-ayu*

 

BBS adalah kisah tentang pengorbanan seorang kakak. Kakak yang pada hakikatnya tidak mempunyai talian darahpun dengan mereka – adik-adiknya. Tapi mereka terikat pada kasih sayang yang dicurahkan oleh kakak yang sebenarnya tidak boleh dinilaikan dengan apa-apapun di dunia ini melainkan balasan syurga oleh Yang Maha Esa… Insyallah. Seorang kakak yang sanggup mengorbankan seluruh masa remajanya, hatta sanggup mengorbankan nyawanya sekalipun semata-mata untuk memastikan adik-adiknya terus hidup!. Huhuhu sungguh mengharukan!! (Oh! aku semenjak dua menjak ni agak sensitif dengan perkataan 'kakak') cry

 

Jadi… aku lagi tak sabar nak tunggu hujung minggu nih! Nak ke PWTC. Jom la kita beramai-ramai ke PWTC!!!

 

Jommmm...

 


Posted at 04:09 pm by Amalyn Aysha
7 org bersuara

Friday, April 17, 2009
Dia Datang Lagi...

Salam semua,

 

 

 

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 kini datang lagi.

 

Pesta buku kali yang ke-28 ini akan berlangsung selama 2 minggu bermula hari ini 17 April 2009 dan akan berakhir pada 26 April 2009. Pesta Buku ini akan bermula jam 10.00 pagi setiap hari dan berakhir jam 8.00 malam untuk setiap hari isnin hingga khamis dan jam 9.00 malam untuk hari jumaat, sabtu, ahad serta cuti umum.

 

Secara peribadi, Pesta Buku merakamkan banyak kenangan yang tersendiri buat aku. Kenangan yang akan aku kenang tiap kali datangnya Pesta Buku.

 

Aku suka tiap kali datangnya pesta buku, kerana aku dapat bersua muka dan berkumpul dengan kawan-kawanku. Selain itu, aku dapat jumpa dengan ramai penulis. Masa nilah aku dapat jumpa dengan mereka dan dapatkan tandatangan untuk setiap novel mereka yang aku jadikan koleksi peribadiku.

 

Waktu inilah juga aku dapat cari buku/novel di bawah satu bumbung, di tempat yang sama (berlainan booth). Antara larat dengan tak aje aku nak menapak, masuk booth keluar booth, naik tangga turun tangga. Dan sudah pastinyalah dengan tawaran harga diskaun yang hebat-hebat yang ditawarkan oleh para pengedar dan penerbit bagi melariskan produk mereka. (Ops satu lagi, antara ada duit dengan tak aje untuk membeli buku!!)

 

Kalau dulu-dulu, sebelum aku ada ramai kawan (ops!! ye ke aku punyai ramai kawan?? – yang ni kena tanya kawan2 aku betul ke aku punya ramai kawan… kawan-kawan… cepat ngaku aku ni kawanmu!!).

 

Dulu, (sebelum kenal dengan kawan-kawan yang punyai minat yang sama – membaca novel) aku akan ke Pesta Buku bersama arwah kak Ja.

 

Tiap kali akan datang aje pesta buku, aku pasti akan menelefonnya. Mengkhabarkan tentang pesta buku ini. Insyallah dia pasti akan datang di hujung minggu (selalunya sabtu lepas waktu kerja atau petang jumaat dia akan berangkat dari rumahnya di Maran dan akan bermalam di rumahku!). Dan sabtu/ahad kami akan berjalan dari satu booth ke satu booth mencari buku kesukaan kami. Dia suka baca buku motivasi… aku?? biasalah cari novel. Kemudian kami akan kumpulkan resit dan masuk peraduan (dulu teka jumlah buku/nilai buku – lupa dah!) hehehe tapi tak pernah menang pun!. Itulah antara kenangan aku bersama arwah bila tibanya Pesta Buku.

 

Last dia datang ke Pesta Buku adalah tahun 2006. Aysha lah yang paling seronok, kerana dia dapat banyak buku yang Mak Long dia belikan untuknya. Seharian berjalan dari satu booth ke satu booth tak akan terasa penat bila kita suka melakukannya!. Tapi itulah kenangan pesta buku aku yang terakhir bersama arwah!

 

Aku ralat kerana tak sempat nak temukan arwah dengan penulis kesukaan/ pujaan/ kesayanganku iaitu Noor Suraya. Padahal tanggal 26 Feb 2006 aku mula 'berkenalan' dengan kaksu secara personal. Iaitu aku dapat bersua muka buat pertama kali dengan kaksu (sebelum ni hanya lewat karya2 kaksu sahaja).

 

Tanggal 25 & 26 March aku ke Pesta Buku bersama arwah dan jumpa lagi dengan kaksu… tapi waktu itu arwah bersama suaminya entah di mana… (aku agak sedang mencari buku-buku kot)… jadi hanya aku yang ulang alik jumpa kaksu (masa tu kaksu sedang mempromosikan buku NTS di booth CESB & aku masih belum kenal lagi dengan kawan-kawan yang lain).

 

Apa yang buat aku nak sangat kenalkan arwah dengan kaksu kerana kami punyai satu minat yang sama – baca novel. Walaupun adakalanya genre kami berbeza… tapi minat yang sama mengikat hati kami. Jadi itu yang membuatkan aku naakkk sangat kenalkan arwah dengan kaksu, sebab aku pasti arwah akan sukakan karya kaksu. (Ops kami suka penulis yang sama – Norhisham Mustaffa – Kasih Orang Terbuang). Tapi yalah… kita hanya mampu merancang… Dia yang menentukan segalanya.

 

Jadi, secara peribadi… aku sayang sangat pada kaksu kerana…

1-        aku kenal kaksu awal tahun 2006 (26 Feb 2006)

2-       aku kehilangan arwah hujung tahun 2006 ( 19 Dec 2006)

Ia umpamanya… Dia ambil insan yang paling aku sayang, tapi sebelum tu Dia pertemukan dulu aku dengan seorang 'kakak' untuk aku sayang………

 

Maafkan aku… n3 ini sepatutnya untuk suasana yang ceria-ceria saja… tapi aku pula yang emosional… jadi aku stop sini sebelum airmata aku gugur lagi untuk kesekian kalinya.!!

 

Posted at 01:07 pm by Amalyn Aysha
7 org bersuara

Saturday, April 04, 2009
Corat-Coret Cerita dari Bandung-Jakarta

Salam semua

 

Syukur Alhamdulillah. Segala perancangan yang diatur sekian lama berjalan dengan baik dan lancar walaupun ada juga satu dua perkara yang berlaku tanpa di duga yang sedikit sebanyak mencacatkan agenda kami.

 

Aku tak nak la bercerita ala hikayat 1001. Nanti kawan-kawan bosan nak membacanya. Tapi sebenarnya alasan utamanya, aku tak punya banyak masa. Biasalah bila bercuti agak lama (hampir seminggu) bila masuk pejabat, kerja dah menimbun minta dibereskan… sedangkan aku? dengan penat yang masih bersisa (alasan?) dengan mood bercuti yang masih lagi menebal dalam kepala hingga melumpuhkan seluruh deria rasa untuk buat apa saja. Tapi yang paling utama, dalam kepala ni asyik dok terfikir… 1-nak tido. 2-nak tido. 3-nak tido. 4-nak tido. 5-nak tido. Bahkan bilanglah sampai angka 100 pun masih lagi jawapannya NAK TIDO. Parahkan?? Inilah bahananya bila dah bercuti agak lama (sikit) nak tune balik mood bekerja amatlah payah.

 

Oklah aku nak sambung bercerita tentang lawatan aku dan keluarga ke Indonesia baru-baru ini. Tapi di mana ya harus aku mulakan?

 

Dengan jadual ketibaan kami?? semua berjalan dengan lancar tanpa sebarang delay sebagaimana kebiasaan yang terjadi pada penerbangan Air Asia yang terdahulu (tapi ada juga yang punctual!). Kami di sambut oleh A'atian yang memegang kertas A4 yang terpampang nama "Eisyah / Wan" tapi sebenarnya kalau tak tulispun aku masih ingat lagi pada raut wajah A'atian tuh! hehehe

 

Oleh kerana Lili masih belum sampai (dia dengan penerbangan yang lain) jadi kami harus menunggu kedatangannya terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan ke Bandung. Sebenarnya, kalau ikutkan schedule asal, penerbangan grup aku sepatutnya jam 14.50pm tetapi di reschedule seawal jam 9.25am.

 

Bercuti bersama keluarga sebenarnya tak la bermasalah sangat. Tapi yang menjadinya masalah adalah budak-budak. Ahli grup aku terdiri daripada pelbagai peringkat usia. Dari usia seawal setahun lebih hinggalah ke usia warga emas. Jadi aku harus mengutamakan mereka untuk setiap aktiviti yang aku aturkan.

 

Ops, aku pun tak tahu siapa yang melantik aku… atau aku yang pandai-pandai mengangkat diri aku sebagai 'keTua' rombongan… atau kerana aku yang paling TUA antara kami adik beradik jadinya aku harus bertanggungjawab terhadap mereka?? Apa-apa ajelah!.

 

Ok berbalik pada cerita aku.

 

Pertama sekali aku nak bercerita tentang tempat penginapan. Aku amat ralat dengan situasi yang terjadi pada kami di Bandung. Pertama kali membawa keluarga, sudah pastilah aku mahukan kesempurnaan agar mereka yang pertama kali berkunjung ke sana akan merasa seronok dan gembira, sebagaimana rasa teruja yang mereka bawa sebelum tiba di Bandung. Tapi malangnya seawal hari pertama lagi kami sudah menghadapi kesukaran.

 

Kisahnya bermula apabila rombongan kami tidak dibenarkan masuk ke tempat penginapan – Cassadua – oleh pak guard. FYI Cassadua ini terletak dalam kawasan perumahan 'Elit' yang dilengkapi dengan security. Memanglah sekitar kawasannya amat selesa dan nyaman, tapi bila insiden ini berlaku, seluruh rasa suka itu mula tercalar.

 

Kami tiba di kawasan tersebut lebih kurang jam 11.00 malam (waktu Indonesia). Bas kami dihalang daripada memasuki kawasan perumahan tersebut. A'atian tinggalkan kami dalam bas untuk mendapatkan bantuan daripada wakil Cassadua. Lebih setengah jam berlalu, kelibat A'atian masih lagi belum kelihatan. Pak Driver, mematikan enjin bas (katanya penduduk sekitar mengadu bunyi bas bising dan mengganggu ketenteraman mereka – tak munasabah!).

 

Anak-anak kecil mula meragam. Lagikan kita yang dewasa dan sudah berusia ini pun sudah penat yang amat apatah lagi mereka yang tak reti nak meluahkan dengan kata melainkan dengan tangisan yang mula membingitkan teliga.

 

Bertemankan bodyguard (adik2 lelakiku) aku menyusul A'atian ke rumah penginapan Cassadua untuk 'menyiasat' apa yang berlaku. Dipertengahan jalan aku bertembung dengan A'atian dan Pak Guard dengan janji akan menyelesaikannya secepat mungkin. Tapi kami harus menapak ke Cassadua. Nasib baik la bag-bag kami yang tak muat tempat penyimpanan barang mini bus tersebut akan dibawa oleh A'atian dan wakil daripada Cassadua.

 

Aku yang dah mula panas hati dengan khidmat Cassadua, sudah berfikir untuk mencari tempat penginapan yang lain!. Tapi memandangkan hari sudah lewat malam, masing-masing sudah mula menunjukkan riak wajah yang teramat lelah, aku cuba sabarkan hati, menyelesaikan masalah bilik secepat yang mungkin agar mereka dapat berehat dengan selesa.

 

Selepas selesai mengagih-agihkan bilik, meminta tambahan tilam untuk bilik Nini & Lili (yang dikenakan bayaran sebanyak Rp75,000 untuk 1 tilam), menyelesaikan baki bayaran yang masih perlu dijelaskan (aku telahpun membuat pembayaran 50% sebagai deposit penempahan bilik lewat Western Union sebagaimana yang diarahkan sebelum berlepas ke Indonesia).

 

Malangnya, aku perlu membayar harga yang penuh (untuk 2 hari) walaupun aku hanya ingin menginap untuk semalaman sahaja. Terpaksalah aku membatalkan niat aku untuk mencari rumah penginapan yang lain. Kenapa aku harus membazirkan duit aku? masih banyak lagi belanja yang perlu difikirkan. Hari inikan baru hari pertama, aku masih ada lagi 4 hari yang berbaki untuk membelanjakan wang Rupiah yang aku bawa!.

 

Selain daripada itu, aku juga rasa ralat. Tak berbaloi rasanya aku membayar harga bilik Rp325,000 (bilik besar – Deluxe A – yang tidak lah sebesar manapun!) dan Rp300,000 untuk bilik Deluxe B. Padahal disepanjang jalan menuju ke Cassadua terdapat deretan rumah penginapan yang menawarkan harga yang jauh lebih rendah, dengan lokasi yang terletak di pinggir jalan, memudahkan urusan menjemput dan menghantar kami. Dengan laluan menuju ke Cassadua yang sempit (menyukarkan pengendalian mini bus - & kami juga terlibat dengan kemalangan kecil!) sudah pasti menimbulkan rungutan di pihak pemandu bas. FYI kami adalah pelanggan pertama yang merasmikan mini bus tersebut (baru dibeli dan kami pelanggan pertama yang naik bas tersebut!)

 

Begitu juga dengan insiden yang terjadi di hari kedua kami di Bandung. Kami harus menapak ke bilik penginapan selepas sekali lagi Bas kami tidak dibenarkan masuk oleh Pak Guard. Dengan barangan belian yang berbondong-bondong dengan anak-anak kecil yang minta digendong, dengan rasa penat yang mula menjalar di seluruh urat saraf setelah seharian berada di jalanan kota Bandung yang kebetulan hari Khamis adalah hari libur mereka – Hari Nyepi – jalan macet. Segala-galanya menjadikan keberadaan dan keseronokkan kami di Bandung sedikit tercalar.

 

Walaupun layanan dari para petugas Cassadua boleh dikira lumayan bagus – dengan keramahan dan sopan santun mereka – dan istimewanya breakfast kami dihantar ke bilik, namun masih lagi tidak dapat mengubat rasa ralat yang terbuku di hati.

 

Dan jika diberi pilihan aku tidak terfikir untuk memilih Cassadua sebagai tempat penginapan aku di Bandung di lain lawatan (hehehe macamlah aku akan datang lagi ke Bandung??!!). Aku sudah serik! yang pada aku lebih banyak memberi kesulitan berbanding kesenangan pada kami.

 

Ok, kita stop berkisah tentang Cassadua dan masalah-masalahnya.

 

Apa lagi ya yang aku nak kongsikan dengan kalian semua? Bukanlah semuanya tak baik, malah rasanya kalau nak diukur mengikut skala, 1:10 masih lagi releven. 1 yang buruk nisbah dengan 10 yang baik dikira sangat bagus untuk aku yang pertama kali menganjurkan Family Trip di luar dari negara kita.

 

Sebenarnya banyak cabaran yang terpaksa aku hadapi. Antaranya apabila di kalangan kami ada kanak-kanak, ada warga emas, aku harus mengutamakan keselesaan dan kesenangan mereka terlebih dahulu dalam membuat setiap perancangan dan keputusan. Kalau ikutkan hati muda, sudah pastilah aku mahu melawat ke tempat-tempat yang lebih adventure yang memerlukan aku mengerah seluruh daya tenaga. Tapi aku tak harus mementingkan diri sendiri, jadinya aturcara aku sekadar melawat Tangkuban Prahu – salah satu tempat wisata yang agak terkenal di Bandung dan acara Shopping.

 

Walau bagaimanapun acara berlibur ke Tangkuban Prahu tetap juga ada adventure. Memandangkan aku menyewa Mini Bas selama 5 hari kami berada di Indonesia – Jakarta/Bandung – dan mini bas pula tidak dibenarkan sampai ke puncak Tangkuban Prahu, jadi kami harus menaiki Mobil Khusus Angkutan Pariwisata untuk naik ke puncak.

 

Mobil Khusus ini adalah kenderaan yang disediakan oleh pihak wisata bagi para pengunjung yang tidak berkenderaan untuk naik ke puncak Tangkuban Prahu. Mobil Khusus ini mampu memuatkan lebih kurang 10 orang untuk setiap mobil dan tidak berdinding. Bermakna kita dapat melihat pemandangan di kiri kanan jalan menuju ke atas dengan kadar bayaran yang dikenakan sebanyak Rp5,000 setiap orang (tidak termasuk Rp30,000 untuk masuk ke Tangkuban Prahu).

 

Perasaan aku?? agak ngeri jugak la. Dah la jalan menuju ke atas agak berbelok-belok dengan kondisi mobil yang agak 'menyeramkan' tapi sekurang-kurangnya itu satu pengalaman yang tak terjangkakan buat aku!. Mini bas harus diparkir di satu kawasan yang telah ditetapkan (tidak perlu bagi pengguna Van – pregio, kijang mahupun kereta).

 

Satu lagi pengalaman yang tidak kurang memeningkan kepala aku adalah, rombongan kami dikerumuni oleh para penjual yang tidak putus-putus memujuk kami membeli barang jualan mereka. Naik rimaspun ada! Kasihan adik-adik ku terutamanya Lili yang telah banyak habis duit kerana ditipu?? akupun tak pasti! kerana dia mengeluarkan wang yang banyak untuk sesuatu barang. Jika dia beli dengan harga Rp100,000 aku hanya beli dengan harga Rp30,000.

 

Masalah utama kerana para penjual menyuakan barangan terus ke tangan anak-anak! Nak tak nak harus dibayar walaupun selepas proses tawar menawar. Lagilah dengan ke'degilan' anak-anak Lili yang mula menjangkit pada Aysha, sedikit sebanyak membuatkan hati aku jadi panas. Tapi aku tak tahu harus marah pada siapa. Pada Aysha yang melihat sepupunya dapat 'mainan' keinginannya untuk memiliki juga pasti ada! Pada penjual yang mencari rezeki? Aku rasa tak adil pula kerana merekakan mencari rezeki?!

 

Tapi sebenarnya aku marah (sebetulnya kecewa aje, istilah marah tu kedengarannya agak melampau) pada keadaan yang tidak terkawal. Mana harus memerhatikan pada ahli rombongan yang ramai itu, pada karenah anak-anak yang tidak mendengar kata yang buat tempat tersebut seumpama tempat sendiri. Aku sebenarnya lebih banyak risau daripada enjoy menikmati keindahan alam bekas tapak letusan gunung berapi itu. Nasib baiklah aku pernah ke sana ketika lawatan pertama kali bersama geng UlatBuku dahulu. Sekurang-kurangnya perasaan aku tidaklah terlalu ralat!.

 

Jadi aku harus membiarkan Lili bersama keluarganya, Nini bersama keluarganya, *Lelaki Itu* yang awal-awal lagi aku sudah maklumi akan hilang ghaib bersama kameranya, merakamkan keindahan wisata alam itu sebagai kenangan. Tapi aku juga harus memberi kredit padanya kerana aku tidak perlu 'sibuk' untuk mengambil gambar kerana aku boleh cilok gambar-gambar daripada koleksinya cameranya!

 

Jadi perhatian aku khusus pada Mek, Abah (yang kadang-kadang hilang juga dari pandangan mataku), pada Aysha (yang lebih suka mengekor anak-anak Lili), pada Rose (yang harus melayan karenah Yasmin & Amirun) serta adik-adik lelakiku (pun kadang-kadang hilang juga dari pandangan mataku!) Pendek kata segala-galanya harus aku ambil tahu. Tapi nasib baik ada A'atian yang banyak membantu aku mengawasi ahli rombongan aku! Terima kasih yang amat pada A'atian!!

 

Oklah. Aku nak berkisah tentang cerita lain pulak. Apa lagi ya?? Oh ya, satu lagi pengalaman yang aku kira menarik jugalah untuk dikongsi. Sebagaimana yang kita tahu, Bandung memang terkenal dengan penyanyi jalanan (pengamen jalanan). Salah seorang bekas pengamen jalanan yang dah jadi artis terkenal di Indonesia adalah Ariel Peterpan. Hehehe aku bukanlah nak bercerita tentang Ariel ataupun groupnya Peterpan, tapi aku nak berkisah tentang pengamen jalanan yang menjadi penghibur kami ketika di Bandung.

 

Kisahnya berlaku apabila kami usai berbelanja di Pasar Baru pada hari ketiga kami di Bandung. Ketika dalam perjalanan ke tempat makan Restoran Simpang Raya, kami ditumpangi (tapi bukan aku yang memberi izin ya!) oleh pengamen jalanan. Adik-adik aku dah cuak, jadi tertanya-tanya di mana dia nak turun?? Jawapan aku mudah aje "mereka kan mencari rezeki, mana-manapun mereka boleh turun! nanti bila kita turun di tempat makan dia turun la sekali!".

 

Walau bagaimanapun kiranya terhibur jugak lah. Ops aku lupa nak tanya apa namanya. Beliau menyanyikan lagu-lagu popular masa kini. Sempatlah nyanyikan 3-4 buah lagu sebelum kami tiba ke tempat yang dituju. Ada lagu Ungu – Andaiku Tahu, ada lagu Samsons – Kenangan Terindah, dan beberapa lagu yang aku dah lupa judulnya & Mak Ani (mak mertua Nini) siap buat request lagu, minta dia nyanyikan lagu Broery Marantika – Biarlah Bulan Bicara. Adik-adik lelakiku pula siap berkaraoke dengannya & aku harus puji… suaranya memang bagus!. Kiranya pengalaman menarik la bagi aku!

 

Apa lagi ya?? Nanti aku fikir jap!

 

Bagaimana dengan kisah di Jakarta??

 

Oh kisah di Jakarta, hari ke-3 kami tiba di kota Jakarta dah agak lewat (9.15 malam waktu Indonesia). Terima kasih pada bunga yang sudah bookingkan bilik/apartment yang sangat selesa buat rombongan aku. Selepas check-in kami di beri bilik 1901 & 1909. Oleh kerana badan sudah penat, kami hanya order makanan daripada hotel (room service).

 

Dan  aku amat berbesar hati kerana Bunga akan menyertai kami di Jakarta! (big hug utk bunga). Jadi hari ke-4 kami di Jakarta, pagi-pagi lagi Bunga sudah sampai (aku belum bersiap berdandan lagi…. hehehe) kasihan pada Bunga harus tunggu rombongan kami yang ramai tuh!

 

Selepas sarapan di Hotel, kami bergerak ke Tanah Abang untuk sessi bershopping. Separuh hari kami di sini tidak cukup untuk ahli rombongan kami berbelanja. Masih banyak lagi barang yang nak dibeli tapi tak punya masa & yang utamanya Rupiahnya dah susut (habis!!) terpaksa minta Bunga carikan money changer untuk tukar wang. Esoknya masih ada  1 hari lagi. Mana tau di airport dikenakan extra tax??. Kemudian kami singgah di Mangga Dua (kerana teringin nak tengok Mangga Dua yang terkenal itu) tapi tak ada yang menarikpun untuk kami di sana. Sekadar singgah (tak sampai ½ jam pun kami kat sana!).

 

Malamnya lepas solat Maghrib, kami keluar lagi. Tapi kali ini kami hanya ke Anggerik Mall yang terletak berdekatan dengan hotel penginapan kami – Grand Tropic. Di sini memang happening! Anggerik Mall ini adalah shopping mall macam Sunway Pyramid?? (sebab kat bawahnya ada ice-skating).

 

Adik-adik aku jadi gila sekejap kat sini. Baju (esp. baju baby), baju t-shirt, kasut dan macam-macam lagi la yang cantik-cantik & murah-murah (semurah tak sampai RM5 duit kita). Dah la harga murah, ada less lagi 50% memang heaven sungguh… tapi sayangnya duit aku dah tak banyak! tak berani nak berbelanja lebih-lebih! tapi as usual, bila balik teringat-ingat kat baju yang aku berkenan tapi tak berani nak beli memandangkan Rupiah aku memang dah tinggal cukup-cukup untuk bayar duit tambang bas untuk ke Airport.

 

Kami di sana hingga kedai sudah ditutup! Itupun belum habis lagi barang yang nak diborong. Lepas tu masing-masing dok merungut kat aku… "kalau tak singgah Mangga Dua pun taka pa, buat buang masa aje!" huhuhu adik-adik aku ni lah… bab shopping no.1. Kesian kat Bunga, harus menemani kami sampai lewat malam… *peluk yang kuat kat bunga* Makasih mbak!! aku sayang banget sama kamu… sayang yang amat sih!!.

 

Oleh kerana penerbangan kami ke Kuala Lumpur jam 6.25am. Kami harus check-out seawal jam 3.30 pagi. Oleh kerana silap aku, sepatutnya inform reception bahawa aku mahu check-out awal bagi membolehkan mereka 'tapau' 12-box breakfast untuk kami, tapi sayangnya aku hanya memaklumkan pada mereka masa aku check-out. Jadi mereka tak sempat nak sediakan pada kami yang sudah kesuntukan masa.

 

Selepas urusan check-in kami mencari surau untuk solat subuh. Just in-time dengan waktu panggilan untuk masuk dalam kapal terbang. Lebih kurang jam 9.10 pagi kami selamat mendarat di LCCT KL (tiba lebih awal dari yang dijadualkan – mungkin kerana cuaca amat baik).

 

Jadi itulah dia… panjang lebar al-kisah aku di Jakarta-Bandung.

 

Kalau kawan-kawan nak tengok gambar rombongan kami di sana boleh singgah sini -> http://wanamalyn.multiply.com dan aku harus memberi credit pada *Lelaki Itu* dengan setiap gambar yang aku cilok daripada cameranya!! hehehe

 

PS: Insyallah tahun depan aku plan nak pergi Sarawak pula… jadi aku harus menabung dari sekarang kerana tabung kami perlu dipenuhkan semula selepas kering-kontang kami perhabiskan di Indonesia!

  


Posted at 02:09 pm by Amalyn Aysha
5 org bersuara

Previous Page Next Page