Lilypie 6th to 18th Ticker


Wan Amalyn
June 20
Gemini
USJ Subang Jaya

blog





Wan Amalyn's Facebook profile


..:: uB CluB ::..





..:: tagboard ::..

orang dok skodeng



..:: my wonderland ::..

+++ koleksi buku di rak +++
*^*sEmBaNg bUkU*^*
<--mY enGLisH coLLecTiOn-->
+_+ mY mInI LiBRaRy +_+
+_+ mY mInI LiBRaRy 2 +_+

+++ tazkirah untuk aku +++
Teratakku

+++ sudi2kan ke... +++
mY pLaYgrOunD




..:: aWaRd ::..



4th award : daripada :
][ norra hassan ][




3rd award : daripada :
][ infa ][




2nd award : daripada :
][ syud & nacha ][




1st award : daripada :
][ dah lupa la... ][






..:: promo ::..


Judul: Percayalah
Penulis: Ruby Hazri
ISBN: 983-43217-0-8
Harga: RM21.00



Judul: Relevankah Aku di Hatimu?
Penulis: Rnysa
ISBN: 983-43217-1-6
Harga: RM20.00



Judul: Surat Ungu untuk Nuha
Penulis: Noor Suraya
ISBN: 978-983-43217-3-4
Harga: RM20.00



Judul: 5 Tahun 5 Bulan
Penulis: Hlovate
ISBN: 978-983-43217-2-7
Harga: RM20.00



Judul: Gurindam Jiwa
Penulis: Hlovate, Imaen, Noor Suraya
ISBN:978-983-43217-5-8
Harga: RM21.00



Judul: Labyrinth
Penulis: Imaen
ISBN: 978-982-43217-6-5
Harga: RM18.00



Judul: Zahrah de Tigris
Penulis: Khairyn Othman
ISBN: 978-983-43217-7-2
Harga: RM20.00



Judul: Kopi Susu Sepatu Biru
Penulis: Ruby Hazri
ISBN:
Harga: RM21.00



Judul: aA+bB
Penulis: Hlovate
ISBN:
Harga: RM21.00



Judul: Persis Sebutir Pasir
Penulis: ManjLara
ISBN:
Harga: RM22.00



Judul: Garis-Garis DejaVu
Penulis: John Norafizan
ISBN:
Harga: RM22.00



Judul: Lili Buat Najah
Penulis: Nazurah Aishah
ISBN:
Harga: RM21.00



Judul: Tentang... Dhiya
Penulis: Syud
ISBN:
Harga: RM



Judul: Bohemian
Penulis: Imaen
Terbitan: Jemari Seni
Harga: RM



Judul: Bila Nysrah Kata Tak Mahu
Penulis: Aidil Khalid
Terbitan: Jemari Seni
Harga: RM



Judul: Tunas
Penulis: Hlovate
Terbitan: Jemari Seni
Harga: RM



Judul: L.U.V.E.
Penulis: Pingu Toha
Terbitan: Jemari Seni
Harga: RM



Judul: Panggil Aku Dahlia
Penulis: Noor Suraya
Terbitan: Jemari Seni
Harga: RM21.00



Judul: Kebun Mimpi
Penulis: Noor Suraya, Syud, Rnysa
Terbitan: Jemari Seni
Harga: RM21.50



Judul: Novel Untuk Asyikin
Penulis: Ismat Astar
Terbitan: Jemari Seni
Harga: RM17.00



Judul: Tanya Pada Hati
Penulis: Iman Xara
Terbitan: Jemari Seni
Harga: RM20.00



Judul: Rooftop Rant
Penulis: Hlovate
Terbitan: Jemari Seni
Harga: RM21.00



Judul: Odisi Bulan Biru
Penulis: John Norafizan
Terbitan: Jemari Seni
Harga: RM20.00








<< February 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28



..:: review mereka ::..

MySpace Layouts


][ CarrieKirana ][
][ Antubuku ][
][ Seribu Satu Malam ][
][ Mandala Resensi ][
][ Kicap 'n' da Geng ][



..:: tautan ukhwah ::..

Image hosted at bigoo

][ kaksu ][
][ pinkJambu ][
][ Em + An ][
][ Jidah ][
][ cwazywabbit ][
][ syud ][
][ JiD ][
][ Izzul ][
][ klena ][
][ cik CT ][
][ infazety ][
][ adhan ][
][ nursalju ][
][ spec ][
][ mamajambu ][
][ mamaErra ][
][ kakmOn ][
][ Bunga ][
][ Alyze ][
][ Opah De ][
][ Nacha ][
][ Dik Siti ][



..:: tautan penulis ::..

MySpace



..: Jemari Seni :..
][ Ruby Hazri ][
][ Rnysa ][
][ Hlovate ][
][ Noor Suraya ][
][ Imaen ][
][ Khairyn ][
][ ManjLara ][
][ John Norafizan ][
][ Nazurah ][
][ syud ][
][ Aidil Khalid ][
][ Pingu Toha ][
][ Ismad Astar ][
][ Iman Xara ][


..: Creative :..
][ Norisah A Bakar ][
][ Najwa Aiman ][
][ Ebriza Aminnudin ][
][ Salina Ibrahim ][
][ Ramlah Rashid ][


..: Alaf21 :..
][ Anis Ayuni ][
][ Aisya Sofea ][
][ Norzailina Nordin ][
][ Lily Haslina ][
][ Rose Harissa ][
][ Lynn Dayana ][
][ Dhiya Zafira ][
][ Hani Fazuha ][


..: Kaki Novel :..
][ Izzul Izzati ][
][ Eita Ashyta ][
][ Izza Aripin ][
][ Dina Najat ][
][ Zaharah Muhammad ][
][ Aimy Najwa ][




..:: e-novel ::..

MySpace


][ Kebun Mimpi Ain ][
][ Cinta Sofea ][
][ Kasih Seharum Lavender ][
][ Hati Yang Terluka ][
][ Bukan Itik Biasa ][
][ Mengapa Ada Rahsia? ][
][ Cinta Dewa Dewi ][
][ Pelangi Dimatamu ][
][ Namanya.. Teja Aulia ][
][ Kenangan Terindah ][
][ Seandainya... ][
][ Tiada Kedua ][
][ Mengapa Dirindu ][
][ Lagu Cinta ][
][ Menyintaimu Satu Dosa..? ][



..:: Publisher ::..

image hosting for myspace


][ Jemari Seni ][
][ Creative ][
][ Alaf21 ][
][ Kaki Novel ][
][ Fajar ][
][ Rhythm ][
][ karnaDya ][
][ Pustaka Nasional ][




..:: link ::..


][ blogdrive ][
][ blogspot ][
][ photobucket ][




..:: sounds of music ::..


Larut - Dewa 19


..:: hit counters ::..

Free Web Counter

hit Counter




..:: iklan ::..


Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

Credits



CreateBlog for graphic
Friday, February 13, 2009
Selamanya dia tetap di hati...

Salam semua,

 

Entah kenapa dua tiga hari kebelakangan ini, ingatan aku sering singgah pada arwah kakakku tersayang yang lebih 2 tahun meninggalkan kami sekeluarga. Ini bukan bermakna aku sudah lupakan, tidak... dia sering hadir menemani hari-hariku, cumanya kali ini ingatanku padanya melebihi hari-hari biasa. Aku terbayangkan senyuman manisnya, teringatkan kemurah-hatiannya, teringatkan kasih sayangnya pada kami sekeluarga. 

 

Segalanya bermula apabila aku berbicara dengan Mek.

 

Mulanya hanya bertanya khabar berita kerana agak lama aku membisu tanpa sebarang panggilan telefon. Kemudian beralih pada perancangan tentang trip kami, kemudian beralih pada persoalan baju sekolah Aysha yang masih tidak mencukupi dan kata putus dicapai - aku minta Suyoh (adik Mek) menjahitnya.

 

Dalam berbual tanpa sebarang topik khusus hanya sekadar apa yang terlintas di benak, Mek mengkhabarkan pada aku, beberapa hari (atau sudah seminggu lebih berlalu) 2 pegawai daripada PPD datang mencari Mek berkenaan dengan arwah. Rupanya sudah lama mereka mencari Mek.

 

Seketika, mendengar cerita Mek akan kedatangan mereka, betapa aku terkesima!!. Sesungguhnya arwah memang seorang anak yang paling baik. Yang sentiasa menjadi anak yang menyenangkan kedua orang tuanya, walaupun jasadnya sudah tiada namun baktinya tetap ada untuk Mek dan keluarga.

 

Subhanallah Maha Suci Engkau Ya Allah yang telah menganugerahkan anak yang sebegitu taat pada kedua orang tuanya, seorang kakak yang menjadi sanjungan kami adik-adiknya. Ya, arwah tetap meninggalkan kesenangan pada Mek dan Abah. Setelah lebih 2 tahun berlalu, Mek didatangi oleh 2 pegawai PPD berkenaan dengan pencen tanggungan yang arwah tinggalkan atas nama Mek untuk meneruskan kelangsungan hidup. Setelah Abang Yie sudah lama merasainya.

 

Syukur Alhamdulillah... ku panjatkan kesyukuran pada-Mu Ya Allah dengan nikmat dan rahmat-Mu yang Engkau anugerahkan pada kami sekeluarga. Tiada apa yang dapat aku berikan cuma doaku akan sentiasa mengiringi arwah selagi hayatku di kandung badan. Betapa sampai bila-bilapun dia akan tetap berada dalam hati aku, di satu sudut yang paling istimewa, yang tak seorangpun dapat menggantikannya.

 

Al-Fatihah buat arwah kak Ja yang paling aku sayangi.

 


Posted at 02:18 pm by Amalyn Aysha
Apa kata anda ??

Tuesday, February 10, 2009
TAG daripada Syud

Salam semua,

 

Mentang-mentang la dah ada masa luang sikit... mula la aku gatal 'melawat' kawan2... dan tak pasal2 ternampak nama aku dicelah-celah n3 kengkawan semua. Tapi yang tak syoknya... semuanya pasal TAG. huhuhu korang ni memang!! Tapi bila dah nampak... tak sedap hati la pulak kalau tak buat/jawap. So aku cuba la jawab/buat sekadar yg termampu ye!!

 

TAPI... TAG ini adalah antara TAG yang paling mencabar kesabaran aku!

 

RULES: The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results (Gambar dekat first page jer tau..jgn ngelat2 amik page 2,3,4….), and post it as your answer. After that tag 6 people."

1) i'm a...
 


2) i want to go to...
   



3) Favourite place
 

4) Fav. colour
    

5) Fav. food
 

6) fav drink
  

7) my school
  

8) fav story
    

 

  

 


9) born in
 


10) my hobby
 

11) live in
 

12) i wish for
   

tag 6 orang

1) wabbit ??
2) lia ??
3) Iejay ??
4) kaknOtie ??

5) JiD ??
6) sapa lagi ek... any idea??

 

YES... at last...!! siap jugak n3 yang sungguh2 mencabar minda dan kesabaran...  Syud... udah2 la ek meng'tag' kakwan 

 


Posted at 02:53 pm by Amalyn Aysha
5 org bersuara

Friday, February 06, 2009
TAG daripada Nacha & Syud

Salam semua,

 

Nacha dan Syud ni memang..!! dah tau kita tak berapa gemar nak buat TAG, dia beri juga award ni kat kita... saja je tau!! tapi tak pa lah... untuk tidak menghampakan kalian... inilah jawapan untuk setiap persoalan kalian... no heart feeling ya!! ahaks

 

 

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.

 

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

(10 fakta tentang mereka dari kaca mata aku)

1.        Nama mereka Nacha & Syud.

2.       Aku kenali mereka melalui blog.

3.       Nacha sangat peramah sesuai dengan bidang tugasnya sebagai setiausaha.

4.      Syud pula pemalu orangnya (ye ke syud?? hehehe) tapi dia sangat berbakat dalam bidang penulisan walaupun bertugas dalam bidang lain. (Ya... jangan lupa dapatkan buku syud ~ Tentang Dhiya... terbitan Jemari Seni bagi yang belum beli lagi tuh!!)

5.       Hati mereka sangat baik dan aku sayang sangat kat kedua-duanya. 

6.      Kedua-duanya lahir dalam bulan Februari... Syud 21 sementara Nacha 25 (co-incident?)

7.       Nacha sangat suka Anuar Zain tapi syud tak suka Anuar Zain... hehehe

8.      Syud sangat brutal & nacha sangat kelakar

9.      Nacha sudah berkeluarga tapi syud masih mencari... buat sang perjaka... boleh aje kalau nak mencuba hantar borang kat kakwan nanti kakwan buat proses saringannya) 

10.    Keduanya peminat drama korea..

 

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta / hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.

1.        hobi tak kira masa – suka baca novel. Jenis novel bergantung pada mood tapi semua genre aku boleh layan.

2.       sangat teruja nak beli novel baru walaupun sentiasa sedar masih banyak lagi novel yang tidak dibaca tersimpan dalam kotak!!

3.       sangat sukar untuk kata TIDAK pada kawan-kawan andai mereka meminta bantuan walaupun ada kalanya aku juga hadapi kesulitan.

4.       suka pendam ketidakpuasan hati atau dengan kata lain sukar luahkan (kecuali kalau rasa terbeban sangat barulah cari kawan yang paling aku percayai)

5.       sangat sayangkan keluarga (aku memang tak boleh hidup tanpa mereka.!! cukuplah sekali aku merasa kehilangan!)

6.      suka sangat dengan kaler kuning (tapi kaler hijau pucuk pisang... atau kaler merah, takpun kaler ungu... pun suka gak!!)

7.       suka makan tomyam & tea 'o' beng

8.      suka makan tapi tak boleh makan banyak sekali gus, dengan kata lain suka makan berulang tapi susahnya nak gemuk!!

9.      mesti ada muzik ketika bekerja (walaupun kadang kala tu aku tak dengarpun – pendek kata aku tidak boleh bekerja dalam suasana yang senyap sunyi)

10.    sangat pemalu/gugup bila harus berdepan dengan orang yang tak biasa (sebab itu aku paling tidak suka masa study dulu bila harus buat presentation dihadapan kelas)

11.     suka berangan

 

4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

1.        wabbit  (kalau rajin… kalau malas abaikan sahaja tag ini) hehehe

2.       lia (kalau rajin… kalau malas abaikan sahaja tag ini) hehehe

3.       iejay (kalau rajin… kalau malas abaikan sahaja tag ini) hehehe

4.      kaknOtie (buat kat multiply)

5.       Jid (kalau tak sibuk… kalau banyak kerja abaikan sahaja tag ini) hehehe

6.       Dr. Rose (buat kat facebook kalau tak ada patient)

7.       kaknOOr (buat dalam email kalau rajin lepas tu email kat 10 orang termasuk pemberi tag ini – pepandai je tukar rules…ahaks – kalau malas abaikan sahaja tag ini) hehehe

8.      nacha (bagi balik kat dia) hehehe

9.      syud (pun sama… bagi balik kat dia) hehehe

10.    kaksu (kalau dah jemu buat kerja edit tu ya!! & rasa nak take a break, kalau tidak abaikan sahaja tag ini – saja nak cukupkan 10 orang)

 

Sekian... selamat semuanya ya!!

  


Posted at 01:43 pm by Amalyn Aysha
4 org bersuara

Wednesday, February 04, 2009
Tak dak kerja... cari kerja... :-)

 

 

 


Posted at 12:11 pm by Amalyn Aysha
2 org bersuara

Tuesday, February 03, 2009
Cerita tentang CUTI

Salam semua,

 

 

Sudah lama rasanya aku tidak mencoret apa-apa di sini. Walaupun keinginan untuk berbuat demikian sering bermain di fikiran, namun di waktu yang sama, keinginan itu terpaksa aku abaikan dek memikirkan beban kerja yang seakan mengepung seluruh masa senggang aku. Menghalang aku daripada bersantai dengan ‘kerja’ yang aku suka lakukan… menulis cerita merapu yang berlaku diseputar kehidupan aku.

 

Setelah hampir 2 bulan aku seakan terpenjara dalam dunia tugasan pejabat, kini aku sedikit sebanyak sudah mampu untuk menarik nafas lega. Ya, ‘orang itu’ telah kembali bertugas selepas 2 bulan dalam tempuh berpantang.

 

Semalam secara tidak rasmi aku telahpun menyerahkan kembali tugas-tugas dia yang terpaksa aku ambil alih selama dia bercuti (masih ada lagi tugas ‘org itu’ yang perlu aku kemaskini sebelum menyerahkan kepada dia sepenuhnya).  Kini aku boleh kembali bersenang lenang menyiapkan kerja-kerja aku sendiri tanpa sebarang gangguan (harap2nya lah).

 

Jadi, dikesempatan yang tidak seberapa banyak ini, aku ingin menyambung kembali rutin harian yang telah lama aku tinggalkan. Aku ingin sekali berkongsi cerita dengan kalian. Walau pada hakikatnya cerita aku bukanlah cerita-cerita besar yang boleh menggongcang dunia sebagaimana cerita sedih yang berlaku terhadap saudara seagama kita di Semenanjung Gaza, tapi aku tetap ingin berkongsi dengan kawan-kawan aku yang sudi bertandang ke sini.

 

Tapi… apa cerita yang aku nak kongsikan dengan kalian??

 

Entah ya… aku pun dah tak tahu nak berkongsi cerita apa.!! Semuanya dah jadi basi. Dah jadi cerita yang tak berapa nak seronok dah membacanya.

 

Tapi oleh kerana kesempatan yang ada, yang jarang-jarang sekali dapat aku perolehi ini… aku tulis sajalah apa yang terlintas di fikiran aku di detik dan saat ini ya.?! Cerita tentang cuti CNY & kisah yang berlaku seminggu yang lepas!!

 

Setelah beberapa kali berjanji dengan Lida (adik aku), buat pertama kalinya aku telah berjaya melaksanakan janji aku untuk ke rumahnya di Kluang. Oleh kerana cuti CNY yang agak pendek (walaupun aku dapat cuti x-tra 2 hari), jadi aku ambil keputusan ke kluang mengunjungi Lida dan keluarga memandangkan dia juga tidak balik ke kampung sebagaimana lazimnya.

 

Selama 3 hari di Kluang, aku tak la merayap sangat. Masa aku lebih banyak dihabiskan di rumah Lida. Dan aku berjaya menghabiskan 1 novel karya Salina IbrahimBukan Yang Pertama terbitan PTS. Bukan apa… oleh kerana aku dalam ‘program berjimat cermat untuk pergi melancong’ seharusnya aku memikirkan kos yang akan aku gunakan di setiap tempat yang akan aku kunjungi.

 

Jadi keputusannya… aku hanya melepak di rumah Lida!!. Walaupun ada juga keinginan untuk ke JB, menjejaki Danga Bay yang tidak pernah aku jejak, tapi terpaksa aku lupakan dulu buat sementara waktu. Oh ya… lida bawa aku ke kawasan perumahan yang telah dibelinya. Yang dalam proses nak siap. Tapi malangnya hanya boleh lihat dari jauh aje!

 

Malam Rabu, aku bertolak balik ke USJ. Jalan yang sedikit sibuk lantaran warga kota yang pulang ke selatan harus kembali ke ibukota membuatkan perjalanan kami sedikit tersangkut. Lebih kurang jam 1.00 pagi kami tiba di USJ selepas meredah perjalanan lebih kurang 5 jam.

 

Rabu – aku masih cuti, tetapi Aysha tetap aku hantar ke nursery kerana jam 2.30 petang dia ada kelas agama (oh ya Sek. Keb. cuti seminggu). Dengan alasan aku ingin bersantai menyiapkan ‘tugasan’ mereview buku yang sudah lama aku tinggalkan. Aku ada banyak novel yang aku rasakan patut aku berkongsi dengan kawan-kawan semua, yang tidak terbuat dek aku lantaran masa yang amat terbatas dengan urusan pejabat di pejabat.

 

Tapi bila melihatkan kain baju kotor yang berlonggok tidak berbasuh… aku kutip setiap satunya masukkan ke dalam mesin basuh. Lepas satu kerja. Ternampak pula sampah yang menyemakkan mata. Aku ambil penyapu dan sapu, masukkan dalam tong, ikat dan akan buang petangnya apabila nak keluar ambil Aysha dari nursery. Selesai satu lagi kerja. Aku duduk nak lepaskan penat, ternampak pula kain yang berlonggok tidak berlipat… kaut semuanya longgok depan tv… dan aku duduk bersila dengan tujuan melipat kain. Dalam hati tertanya2 pula… ni bila masa aku nak start ‘mengarang’ review nih?? sambil memandang kain yang tidak luak lagi berlipat. Usai kerja melipat kain, waktu dah berganjak ke petang… nak kena keluar ambil Aysha pula lepas ni. Tapi kerja yang satu itu belum bermula lagi… sudahnya tertangguh la jawabnya.

 

Khamis – aku masih cuti. Hari ini aku tukar rutin. Aysha aku minta *lelaki itu* yang hantar on the way dia nak ke pejabat. Jadi aku ada masa sepagi untuk menyiapkan kerja me’review’ yang tertangguh semalam. Tapi asal aku nak duduk di kerusi mengadap laptop… mula la dalam fikiran dok mencongak nak buat apa… last2 tak jadi juga nak buat review.

 

Memikirkan yang aku ada 2 voucher lunch kat Hotel Equatorial Bangi (thanks to Nini). Aku call Lili ajak dia makan sekali… Jadi hari tu agenda aku ke bangi. Makan dengan lili… & singgah di rumah no 16 seksyen 4 bandar baru bangi. Pinjam pc nak email pemberitahuan tentang majlis Iejay yang ditangguhkan. Lepas tu borak2 sampai tak ingat masa! hehehe. Thank you tuan rumah, kerana belanja goreng pisang yang dicicah dengan kicap yang sungguh sedap itu!! dimakan bersama air teh wangi yang hangat!! hhhmmm sedapnya!!.  Balik dah dekat jam 6 petang (macam pegi kerja la pulak!!) singgah ambik Aysha kat nursery.

 

Jumaat – pejabat dibuka setelah seminggu bercuti. Aku sampai kat pejabat, bos dah sampai… hehehe wat muka sok ayu gitu… ahaks!! yay dapat angpau dari bos… toché… toché. Dekat pukul 12.00 bos cakap aku boleh balik awal sebab derang (si mata sepet semua) ada makan besar, tak tahu sampai pukul berapa habis. Aku apa lagi… yahuuuuuu la!

 

Sabtu – hari ni kerja halfday. Masuk opis, Ms Lim bagi angpau yang sub-con kirim. Mr Yap & Mr Wong… again toché… toché. Hehehe ni yang aku suka klu time CNY nih… time to collect angpau!!. boleh la aku wat belanja naik belon gi jumpa kakmOn dan si Klavu nanti… huhuhu tak sabarnya!!

 

Petang sabtu, ke rumah Nini di Gombak, lepas tu singgah di ARC Money changer di Jalan Masjid India. Kemudian singgah di Amcorp Mall PJ. Ternampak sorang mamat ni… macam kenal jer, tapi tak tahu la dia ingat aku ke tidak… sibuk dok lukis karikatur… aku merapat, tegur dia… “Assalamualaikum OLY” aku sedekahkan senyum kat dia apabila dia mendongakkan kepala memandang aku… Dia sengih sambil… “Eh… !!” hehehe tak tahula ‘Eh’ dia tu, ‘Eh’ kenal atau tidak aku nih… tapi reaksi dia macam dia ingat!! ahaks. Aku tinggalkan OLY dengan kerjanya… menapak ke tingkat atas, tempat dok berlangsungnya kutipan derma utk tabung GAZA. Nampak Faizal Tahir dari jauh. Si Aysha sibuk nak pegi dekat. *Lelaki itu* pula dah hilang entah ke mana, dengan D90 dia tuh. Tapi oleh kerana orang ramai, aku malas nak berasak2. Aku umpan dengan bookshop (Popular) yang berada di tingkah bawah dari tempat si Faizal Tahir dok menyanyi tuh. Yay… umpan aku menjadi. Tapi nasib baik dia tidak minta dari aku yang bukan2.

 

Ahad – aku ada jemputan beraya ke rumah bos. Dalam hati dah malas nak pegi. Janji dengan Ms Ooi jam 1.00 tgh tapi aku melengah2kan masa sampai jam 2 ptg. Lebih kurang jam 2 lebih Ms Ooi dah call… tanya aku kat mana… semua dok menanya tentang kehadiran aku. Nak tak nak terpaksalah aku pergi jugak!. Sampai kat rumah bos, semua colleague dah ada, termasuk ex-staff si Dennis & familynya.

 

Yay… bos bagi angpau lagi kat aku. Syoknya. Aku kejap aje kat sana, masa aku minta diri nak balik geng lain tengah sibuk dok main card & derang lepas tu nak pegi beraya di Kajang pulak. Ke rumah bos yg lagi satu… tapi aku malas dah nak ikut sebab esoknya Aysha dah nak sekolah.

 

Keluar dari rumah bos, aku ke Shah Alam nak belikan baju sekolah lagi untuk Aysha. Mulanya ke Shah Alam Mall… tak ada yang berkenan dan harganya mahal… aku ke Kompleks Shah Alam pula. Pusing-pusing, melarat ke SACC Mall. Masih tak jumpa. *Lelaki itu* ajak ke Alam Sentral, tapi kaki aku dah semacam penat nak menapak… sudahnya balik ke Kompleks semula, beli jer mana yang ada. Niat tu nak beli 2 helai, tapi oleh kerana brand canggih yang aku cari tak ada… aku beli satu aje.

 

Balik ke rumah dengan badan yang penat. Memikirkan esoknya dah kena bangun pagi2 buta siapkan Aysha ke sekolah kebangsaan.

 

Jadi… itu la cerita aku. Bosankan?? hehehehe


Posted at 04:12 pm by Amalyn Aysha
Apa kata anda ??

Wednesday, January 21, 2009
SELINGAN...


Posted at 12:23 pm by Amalyn Aysha
3 org bersuara

Tuesday, January 06, 2009
2009 & Cerita Tentang Hari Pertama Persekolahan

Salam semua,

 

 

 

Ya, kita sudah memasuki tahun 2009. Moga perjalanan kita di tahun baru ini lebih lancar, lebih teratur dan lebih segala-galanya berbanding tahun yang sudah kita tinggalkan kelmarin.

 

Pada aku pula, tahun baru 2009 ini aku buka dengan lembaran baru. Dengan semangat baru…  dengan azam – rasanya aku lebih suka gunakan istilah tekad – baru… dan yang pastinya dengan suasana yang baru!

 

Bercakap tentang azam tahun baru… entah ya, seingat aku… aku tidak pernah membuat sebarang azam… bila munculnya tahun baru, aku jalaninya seperti biasa. Apa yang aku capai untuk tahun itu… itulah yang dikira azam aku. Aku tidak pernah mensasarkan apa-apapun dalam hidup aku. Cuma apa yang aku inginkan dalam hidup ini adalah kebahagiaan dunia dan akhirat buat aku, keluarga, sanak saudara dan sahabat handai yang paling aku sayangi. Tidak kira di tahun berapa kita berada, di abad mana sekalipun itulah harapan aku dalam hidup ini.

 

Walau bagaimanapun, untuk tahun ini aku pasang tekad baru. Aku bertekad untuk mengurangkan apa yang patut!! (jeling-jeling kat wabbit, lia & bunga… hehehe) Entah ya ke tidak tu…!! ahaks!! Insyallah… kawan-kawan, tolong ingatkan aku ye!!

 

Nak tau ke apa dia??

 

Aku bertekad untuk mengurangkan jumlah pembelian buku/novel untuk tahun 2009, kecuali… ops ada pengecualian la pulak!! hehehe macam mana nak kurangkan nih??!! ya kecuali untuk karya-karya novelis yang aku minati!!. Di samping itu, aku juga bertekad untuk menghabiskan dulu, kalau tak boleh habiskan pun sekurang-kurangnya, mengurangkan ketinggian susunan novel yang aku belum habis membacanya, yang masih lagi setinggi menara kl itu!! Tapi… kalau kawan-kawan nak menghadiahkan novel pada aku… dengan berbesar hati aku terimanya… AHAKS!!

 

 

 

Oh ya, tahun ini juga merupakan tahun pertama Aysha memasuki alam persekolahan yang sebenar!. Sedar tak sedar dah 7 tahun usia Aysha. Ini bermakna Aysha sudah masuk darjah satu tahun ni.

 

Pada tanggal 2 Januari yang lalu, telah berlangsungnya hari pendaftaran murid tahun 1 sessi persekolahan 2009 bagi Sekolah Kebangsaan USj 12. Aku mengambil cuti semata-mata untuk mendaftarkan Aysha ke sekolah. Pada hari tersebut pendaftaran hanya untuk budak tahun 1 sahaja. 

 

Bagi tahun 2009 ini (sebelum diletakkan dalam kelas yang tetap) para pelajar dibahagikan kepada 4 kelas sementara iaitu K1, K2, K3 & K4. Satu ujian telah diberikan kepada murid-murid untuk mengetahui tahap mereka sebelum diberikan kelas yang sepatutnya pada mereka. Untuk hari tersebut Aysha diletakkan dalam kelas K3.

 

Tatkala Aysha sedang menjalani ujian, dada aku yang berdebar-debar. Seumpamanya aku yang sedang menduduki ujian tersebut!... hehehe seriau beb. Ketika para pelajar sedang menyelesaikan ujian, para ibu-bapa diberikan taklimat berkenaan dengan peraturan sekolah oleh Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid.

 

Tanggal 5 Januari pula, merupakan hari pertama persekolahan. Nasib baik ketika aku kejutkan dia bangun pagi, dia ok aje. Aku sampai di sekolah ketika deringan loceng masih lagi belum berbunyi. Sebagaimana lazimnya, setiap pagi isnin merupakan hari perhimpunan, aku hantar dia masuk dalam grup dia (ketika hari pendaftaran iaitu K3) usai perhimpunan, aku biarkan dia dalam grup dia hinggalah cikgu yang bertugas menjaga kelas tersebut membawa mereka ke kelas masing2.

 

Aku hanya perhatikan dia dari jauh. Dia memilih tempat duduknya sendiri, dan dia mulai berkenalan dengan kawan-kawan barunya itu. Satu yang aku perhatikan, Aysha… dia mudah berkawan dengan sesiapa sahaja. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dia tidak rasa keseorangan dan rasa ditinggalkan. Mudah sikit tugas aku!!

 

Ketika cikgu mula memperkenalkan diri, aku ke kantin bersama mak si Danish. Oh ya, Danish yang sama tadika dengannya di Nurul Izzah juga diletakkan dalam kelas K3 sama dengannya. Ketika loceng berbunyi jam 9.40 pagi menandakan waktu rehat untuk pelajar tahun 1, tahun 3 dan tahun 6.  Aku lihat dia ok jer. Makan bekal yang dia bawak (aku bekalkan roti). Dalam hati aku, pandai pula dia bawa… rupa-rupanya cikgu dia dah cakap… "Siapa bawa bekal, boleh bawa makan kat kantin…" Ooo patut le… hehehe

 

Aku tunggu dia hingga waktu persekolahan tamat. Tapi dia buat tak tahu aje kat aku… buat derk aje kat aku. Agaknya aku ni je yang terlebih risau, padahal dia ok aje! Yelah… dah jumpa kawan-kawan baru dia mana nak ingat kat aku lagi dah!

 

Hari isnin waktu persekolahan hingga jam 1.00. Tunggu van dia sampai, tapi lambat pula… rupa-rupanya kak Hasnah (yang akan mengambil dia dari sekolah kebangsaan, kemudian hantar dia ke Taska, sebelum mengambil dia di taska untuk dihantar ke sekolah agama dan mengambilnya dari sekolah agama ke Taska semula) tersangkut dalam kesesakan jalan raya yang luarbiasa teruk!

 

Terpaksalah aku hantar dia ke Taska untuk bersiap sedia ke kelas agamanya pula yang bermula jam 2.30 – 5.30 petang.  Ketika tiba di Taska dah jam 1.30 petang, terburu-buru makan dan mandi untuk ke sekolah agama, jam 2.45 petang baru kak Hasnah muncul. Melihatkan jadualnya yang padat itu, aku yang terasa penat!

 

Petang semalam, balik dari nursery (lebih kurang jam 6.45 petang) dia terus tertidur kepenatan… tapi pandai pula dia tersedar jam 10.00 malam untuk menonton kartun Naruto kegemarannya itu… huhuhu Aysha… Aysha…

 

Hari ini hari kedua persekolahannya, *lelaki itu* yang akan menemani (yang lebih pada memerhatikan dia dari jauh) untuk melihat perkembangan dia di sekolah. Harap-harap semuanya ok.!

 

 

 


Posted at 10:56 am by Amalyn Aysha
2 org bersuara

Next Page